300-115 pdf 300-101 questions AWS-SYSOPS exam 300-070 Exam dumps 210-260 Certification dumps 300-070 test 300-320 questions Exam dumps

Who We Are

Kebajikan merupakan salah satu Misi Yayasan Felda bertujuan menggalakkan kerja-kerja amal dengan membantu golongan yang memerlukan dalam bidang pendidikan, kesihatan, ekonomi, sosial dan kebudayaan serta bidang-bidang lain yang boleh dimanfaatkan oleh warganegara Malaysia

Pada tahun ini, Yayasan Felda telah menyumbangkan kelengkapan persekolahan bagi tahun 2018 kepada anak-anak Generasi baharu FELDA seluruh negara dengan melibatkan peruntukan yang besar. Selain itu, lain-lain sumbangan termasuk sumbangan pesakit kronik kanser tulang dan sumbangan bantuan bagi rumah peneroka yang terbakar juga turut disumbangkan.

Program ‘Jom ke Sekolah’

Seramai 12,500 orang murid tahun satu Generasi baharu FELDA seluruh negara telah menerima sumbangan kelengkapan persekolahan 2018 menerusi program ‘Jom Ke Sekolah’ sebelum mula persekolahan.

Sumbangan yang disalur dan diagihkan menerusi Yayasan Felda ini melibatkan peruntukan dana sebanyak RM1.875 juta yang diterima daripada Kumpulan FELDA bagi membeli kelengkapan persekolahan tersebut yang turut menyasarkan 270 buah sekolah harian yang beroperasi di dalam kawasan rancangan FELDA.

Sumbangan Kebakaran

Cek sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Felda YB Dato’ Sri Haji Abdul Manan Bin Ismail kepada mangsa kebakaran iaitu Encik Abdullah Bin Ahmad yang merupakan peneroka Felda Bukit Kuantan, Kuantan, Pahang. Kebakaran rumah peneroka tersebut telah berlaku pada 10hb September 2017 pada jam 12.15 tengahari ketika mangsa berada di tempat kerja. Dilaporkan semua dokumen penting dan barang berharga musnah dijilat api.

Sumbangan Peralatan Perubatan

Pada 03 Julai 2018 ( Selasa ), Tuan Haji Mohd Banuri Aris selaku Pengurus Besar Yayasan Felda telah melawat adik Muhammad Adam Bin Khairul Nizam di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, beliau merupakan cucu peneroka di Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi Johor.

Pihak Pakar Kanan-Kanak Hospital Sultan Ismail , Johor Bahru telah mengesyorkan alat bantuan Oxygen Home memandangkan pesakit perlu bergantung sepenuhnya dengan alatan bantuan tersebut bagi tujuan rawatan dirumah.

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt