300-115 pdf 300-101 questions AWS-SYSOPS exam 300-070 Exam dumps 210-260 Certification dumps 300-070 test 300-320 questions Exam dumps

Who We Are

Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan yang terletak di Wilayah Raja Alias mula beroperasi pada tahun Julai 2007. Kolej ini menawarkan tujunh (7) kursus, antaranya Kursus Asas Penjagaan Kesihatan, Kursus Pengurusan Pejabat Tahap 2, Kursus Intensif Bahasa Inggeris, Kursus Pembuat Pakaian Wanita Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3, Kursus Jahitan Pakaian Lelaki Tahap 2 dan Penyeliaan dan Jahitan Pakaian Lelaki Tahap 3

Asas penjagaan kesihatan

Kursus ini adalah merangkumi konsep pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang penjagaan kesihatan, amalan cara gaya hidup sihat untuk meningkatkan tahap kesihatan diri, keluarga dan masyarakat ke arah kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti. Kursus ini juga dapat menanam minat pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kesihatan hingga ke peringkat yang lebih tinggi selain membuka peluang kerjaya untuk para pelajar dalam bidang kejururawatan dan kesihatan.

Pengurusan pejabat tahap 2

Kursus ini memberi pengetahuan, pendedahan serta kemahiran kepada para pelajar berkaitan asas pengurusan dan penyeliaan yang menggunakan teknologi dalam menjalankan tugasan pentadbiran di pejabat. Di akhir kursus, para pelajar akan berkebolehan dalam penyediaan dokumen mesyuarat, pemfailan, kemahiran berkomunikasi, pengurusan surat menyurat, pengendalian telefon serta mesin faksimili dan data entri.

Pembuat pakaian wanita tahap 1

Kursus ini bertujuan melatih dan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam aspek keselamatan, kebersihan diri dan cara penggunaan peralatan dan alatan jahitan seperti mesin high speed dan peralatan tajam. Para pelajar turut diberi pendedahan kepada teknik melakar, mengukur badan, mendraf pola, menggunting fabrik dan menjahit pakaian. Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan khidmat pelanggan dari segi menerima dan merekod tempahan serta membuat pengiraan kos. Para pelajar juga dikehendaki menghasilkan beberapa fesyen pakaian untuk lulus sijil SKM Tahap 1 iaitu membuat pakaian wanita seperti blaus, skirt, slek, gaun dan pijama; pakaian tradisional seperti Baju Kurung, Cheongsam dan Blaus Choli; pakaian malam seperti gaun malam dan pijama; pakaian kanak-kanak seperti blaus, gaun, pijama, seluar, skirt dan skaf.

Pembuat pakaian wanita tahap 2

Kursus ini bertujuan melatih dan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mendapatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang rekaan fesyen, mengukur bahagian badan, mendraf pola pakaian, menggunting fabrik serta menjahit pakaian. Para pelajar juga didedahkan kepada penggunaan dan penyelenggaraan mesin, mengacu pakaian serta menggayakan pakaian. Para pelajar juga dikehendaki menghasilkan beberapa fesyen pakaian untuk lulus sijil SKM Tahap 2 iaitu kontemporari seperti pakaian etnik seperti Bidayuh, Baju Jubah, Kebaya dan Kurung Moden, Cheongsam Moden dan Punjabi; pakaian seragam kerja seperti pakaian seragam Jururawat, Polis, Tentera, apron, kot makmal, vest, dan shirt; Baju Koprorat seperti jaket, kemeja dan seluar serta pakaian sukan. Di samping itu para pelajar juga dilengkapkan dengan pengetahuan menyelenggara mesin jahit

Pembuat pakaian lelaki tahap 2

Kursus ini bertujuan melatih dan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mendapatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang rekaan fesyen, mengukur bahagian badan, mendraf pola pakaian, menggunting fabrik serta menjahit pakaian. Para pelajar juga didedahkan kepada penggunaan dan penyelenggaraan mesin, mengacu pakaian serta menggayakan pakaian. Para pelajar juga dikehendaki menghasilkan beberapa fesyen pakaian untuk lulus sijil SKM Tahap 2 iaitu pakaian korporat seperti membuat overall, jaket, pakaian makmal; pakaian kasual seperti slek, vest dan jaket serta pakaian sukan seperti sukan motor, taekwando dan silat.

Daftar

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt