300-115 pdf 300-101 questions AWS-SYSOPS exam 300-070 Exam dumps 210-260 Certification dumps 300-070 test 300-320 questions Exam dumps

Kolej Yayasan Felda Pahang

Kolej Yayasan Felda Negeri Pahang yang terletak di Wilayah Mempaga mula beroperasi pada tahun Julai 2006. Kolej ini menawarkan sepuluh (10) kursus, antaranya Kursus Penyediaan & Pembuatan Makanan Tahap 2, Tahap 3 dan Tahap 4, Kursus Operasi Makanan & Minuman Tahap 2 dan Tahap 3, Kursus Pengurusan Bahagian Makanan & Minuman Tahap 4, Pembuat Pastri Tahap 2 dan Tahap 3, Kursus Operasi Kaunter Hadapan Tahap 3 dan Kursus Operasi Pengemasan Tahap 3.

Penyediaan & Pembuatan Makanan Tahap 2

Kursus ini akan memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan asas pengendalian makanan, kebersihan dan keselamatan di dapur serta pengenalan kepada teknik masakan & penggunaan peralatan yang betul. Para pelajar akan didedahkan kepada beberapa jenis masakan berasaskan beras, tepung, stok, sup dan sos. Di samping itu, para pelajar akan mempelajari beberapa menu pembuka selera, sup, hidangan utama dan pencuci mulut, serta cara menghias produk makanan berorientasikan seni kulinari dan katering.

Penyediaan & Pembuatan Makanan Tahap 3

Para pelajar akan dilatih mengikut modul pembelajaran di peringkat penyeliaan dan penyelarasan pentadbiran pengendalian makanan. Para pelajar akan diberi penekanan terhadap cara pengawalan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan yang melibatkan pengetahuan asas pengiraan kos.

Perkhidmatan Penyediaan & Pembuatan Makanan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

Para pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat Diploma dalam kursus ini akan dilengkapkan dengan kemahiran penyeliaan serta mengurus operasi dapur dan pentadbiran dalam bidang penyediaan makanan. Para pelajar akan mempelajari tentang pelaksanaan menu, pemantauan kualiti dan kos pengeluaran makanan mengikut operasi harian serta pemantauan penyelenggaraan peralatan dapur. Selain itu, para pelajar juga akan didedahkan kepada pembangunan hal ehwal kakitangan di jabatan penyediaan makanan.

Operasi Servis Makanan & Minuman Tahap 2

Kursus ini bertujuan melatih dan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mendapatkan kemahiran dan pengetahuan dalam asas kebersihan dan keselamatan dalam restoran, merangkumi teknik, fungsi serta prinsip dalam kaedah penyajian makanan & minuman serta khidmat pelanggan

Operasi Servis Makanan & Minuman Tahap 3

Para pelajar yang berada dalam kursus pada tahap ini akan dilatih mengikut modul pembelajaran di peringkat penyeliaan perkhidmatan operasi penyajian makanan dan minuman. Para pelajar akan diberi penekanan terhadap topik-topik berkenaan pengendalian terhadap layanan, tempahan dan aduan pelanggan di samping perkhidmatan butler serta fungsi pentadbiran.

Pengurusan Bahagian Makanan & Minuman
Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

Para pelajar yang menyambung pengajian ke peingkat Diploma dalam kursus ini akan mempelajari kemahiran dalam fungsi pengurusan yang berkaitan polisi restoran, pentadbiran, jualan dan pemasaran, kakitangan, penyajian, penyelenggaraan peralatan serta prinsip asas masakan dan minuman.

Pembuatan Pastri Tahap 2

Kursus ini bertujuan melatih dan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mendapatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pembuatan pastri merangkumi teknik serta kaedah penyediaan adunan doh, inti, aising, puding, kuih melayu, roti, kek, dan pencuci mulut. Para pelajar juga akan diberi penekanan dalam aspek pemasaran produk.

Pembuatan Pastri Tahap 3

Para pelajar yang mengikuti kursus pada tahap 3 akan dilatih dengan lebih mendalam tentang penyediaan pastri berasaskan manisan, produk sejuk beku dan coklat. Di samping mempelajari teknik dekorasi dan inovasi produk, pelajar akan dibekalkan dengan pengetahuan fungsi pengurusan, kawalan stok dan pengeluaran produk serta pengiraan kos.

Operasi Pengemasan Tahap 3

Kursus ini bertujuan melatih dan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mendapatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pengemasan seperti pekhidmatan kepada pelanggan yang meliputi cara pembersihan bilik, persekitaran hotel, perkhidmatan dobi, pencucian linen, penyelenggaraan hiasan landskap dan gubahan bunga. Para pelajar juga akan diberi penekanan dalam topik-topik keselamatan, cara penggunaan alatan pembersihan, pengiraan dan pengawalan stok. Di samping mempelajari spesifikasi serta peranan petugas pengemasan, para pelajar akan mempraktikkan pelbagai fungsi pengurusan dan penyeliaan.

Daftar

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt