300-115 pdf 300-101 questions AWS-SYSOPS exam 300-070 Exam dumps 210-260 Certification dumps 300-070 test 300-320 questions Exam dumps

Tentang Kami

Taska Felda telah ditubuhkan oleh FELDA pada tahun 1982 di bawah Persatuan Suri FELDA. Taska Felda ini beroperasi di Annex M, Anjung Felda, Jalan Maktab, 54000 Kuala Lumpur.

Pengurusan Taska Felda ini telah mendapat kelulusan bagi menempatkan bayi dan kanak-kanak daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada 1992, Felda Trading Sdn Bhd telah mengambil alih pengurusan Tadika dan Taska. Pada Jun 2005, Felda Holdings Berhad pula meneruskan pengurusan Taska dan Tadika.

Pada 2011, Taska Felda telah dinaiktaraf kepada Taska Permata Semai Bakti Felda.

Pada 2015, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) telah menyerahkan pentadbiran dan operasi Taska Permata/Tadika Semai Bakti Felda kepada pihak Yayasan Felda. Walaubagaimanapun, kos operasi dan pentadbiran masih dibiayai oleh FGVHB.

Seramai 27 orang kakitangan yang menguruskan Taska Permata/Tadika Semai Bakti Felda yang terdiri daripada 2 orang pentadbir, 7 orang guru, 16 orang pendidik dan pembantu guru serta 2 orang pengendalian bahagian makanan.

Taska Permata Semai Bakti Felda menggunakan modul pembelajaran PERMATA Negara manakala Tadika Semai bakti felda menggunakan modul pembelajaran KRISTAdan boleh menempatkan lebih 100 orang bayi dan kanak-kanak yang berumur 2 bulan hingga 6 tahun.

Penubuhan tadika/taska ini bertujuan menyediakan kemudahan bagi petugas menempatkan anak sepanjang waktu bekerja dengan selamat dan secara tidak langsung memberi impak kepada produktiviti petugas.

Aktiviti

Majlis Khatam Iqra’

Sukan Tahunan

Lawatan Sambil Belajar

Pemeriksaan Kesihatan Gigi

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt