300-115 pdf 300-101 questions AWS-SYSOPS exam 300-070 Exam dumps 210-260 Certification dumps 300-070 test 300-320 questions Exam dumps

Penubuhan

Yayasan Felda telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada 26 September 1998. Penubuhannya adalah selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat luar bandar dan pembangunan negara. Yayasan Felda mula beroperasi pada tahun 1999.

Matlamat

Melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan warisan budaya negara serta bidang-bidang lain yang boleh dimanfaatkan oleh warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan. Ianya selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda di dalam memperkasakan tanggungjawab sosialnya.

Visi

Yayasan Felda sebagai peneraju utama pelaksanaan tanggungjawab sosial dan keprihatinan kumpulan Felda.

Misi

Melaksanakan dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan serta bidang-bidang lain yang boleh dimanfaatkan oleh warganegara Malaysia.

Pentadbiran

Dana Yayasan dikawalselia dan diuruskan oleh sebuah Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada enam (6) orang ahli iaitu dua (2) ahli “Ex-Officio” dan empat (4) ahli lantikan manakala pengurusan hariannya diterajui oleh seorang Pengurus Besar dengan dibantu oleh 61 orang kakitangan dan tenaga pengajar n bertempat di Ibupejabat, Kolej-Kolej Yayasan Felda dan Pusat Hemodialisis Felda.

Punca dan pengurusan kewangan

Punca kewangan utama Yayasan bagi menjalankan operasi tahunannya adalah dari ialah sumbangan dari Felda dan Syarikat-syarikat Kumpulan Felda Global Ventures. Pengurusan kewangan Yayasan diletakkan di bawah tanggungjawab Bendahari Yayasan.

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt